SELAMAT DATANG

Tuesday, May 11, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010

SMK Putera Jaya akan mengadakan Gotong Royong Perdana sempena Sambutan Hari Guru 2010 pada 15 Mei 2010 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi. Semua Guru, Kakitangan, Pelajar dan Pekerja swasta dijemput hadir menjayakan program ini.

Tentatif program

8.30 pagi
Perasmian program oleh Tuan Pengetua

8.45 pagi
-Aktiviti Keceriaan dan Kebersihan Kelas
-Aktiviti 1 Pokok 1 Warga SMKPJ (Program Hijaukan Bumi)
-Gotong Royong membersihkan kawasan sekolah

11.45 : Penutup dan jamuan ringan

SELAMAT HARI JURURAWAT 2010


Kami warga SMK Putera Jaya
mengucapkan
Selamat Hari Jururawat Sedunia
pada 12 Mei 2010
terutama kepada mereka yang pernah datang berkhidmat
untuk pelajar dan guru
di SMK Putera Jaya.

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS





SMK Putera Jaya telah mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan Bahasa Inggeris kepada semua pelajar pada 10 Mei 2010 bertempat di Surau AlFaaiziin SMK Putera Jaya.



LAWATAN KELUARGA KELAB GURU DAN KAKITANGAN SMK PUTERA JAYA KE CAMERON HIGHLAND


Kelab Guru dan Kakitangan SMK Putera Jaya telah mengadakan Lawatan Keluarga ke Cameron Highland pada 7-8 Mei 2010 yang lalu. Lawatan ini disertai oleh guru, kakitangan dan ahli keluarga masing-masing. Permergian secara konvoi kereta dan mpv bermatlamat untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan keluarga.
.

Sunday, May 2, 2010

SMK PUTERA JAYA JUARA PERSEORANGAN LELAKI B15, KEJOHANAN BADMINTON MSSD SETIU 2010


Pelajar SMK Putera Jaya, Khaizuran Dzarfan Bin Abd. Razak telah menjuarai Kategori Peseorangan Lelaki B15 Tahun Kejohanan Badminton MSSD Setiu Tahun 2010 dengan menewaskan peserta SMK Tengku Ibrahim

Bagi acara Bergu Lelaki B15, Khaizuran Dzarfan yang berpasangan dengan Mohd Khairol Izzudin Bin Mohd Zubir pula menjadi Naib Johan setelah tewas dalam perlawanan akhir kepada bergu SMK Lembah Bidong.

Tahniah kepada yang berjaya dan menyertai Kejohanan Baadminton MSSD Setiu 2010. Penghargaan kepada jurulatih SMK Putera Jaya, En. Mohd Nolanoor Bin A. Razak.

Laporan
En. Mohd Fadhli Bin Yusof
Pengurus Pasukan Badminton SMKPJ 2010
.