SELAMAT DATANG

Wednesday, September 1, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431H

PERHIMPUNAN KHAS AIDILFITRI 1431H


Tarikh : 2 September 2010
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SMK Putera Jaya

PROGRAM BERBUKA PUASA SMK PUTERA JAYA



Tarikh : 30 Ogos 2010
Tempat : Kantin SMK Putera Jaya
Hadir : Pegawai dari PPD Setiu, AJK PIBG, Guru, Staf dan Pelajar
Tentatif Program
6.30 petang :
Ucapan Pengetua
Ucapan Pen. Pegawai Pelajaran PPD Setiu
Penyampaian Sumbangan Raya kepada Pelajar Anak Yatim / Keluarga Miskin
7.10 malam
Tahlil
Berbuka Puasa
7.45 malam
Solat Maghrib
8.30 malam
Solat Isyak
Solat Terawikh

PROGRAM SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KE 53

PROGRAM IHYA' RAMADAN 1431H

Monday, August 9, 2010

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 1431H


SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA RAMADHAN 1431H
KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
SEMOGA RAMADHAN 1431H INI
MENINGKATKAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN
KEPADA ALLAH.

PROGRAM TEMU MURNI SPM & PMR 2010

PROGRAM TEMU MURNI SPM & PMR 2010 SMK PUTERA JAYA TELAH DIADAKAN PADA 29 JULAI 2010 BERTEMPAT DI DEWAN SMK PUTERA JAYA BERMULA JAM 8.30 PAGI.

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SMK PUTERA JAYA 2010

Wednesday, July 14, 2010

KEM BESTARI SOLAT PELAJAR TINGKATAN 2







Panitia Pendidikan Islam SMKPJ dan Jawatakuasa Dakwah SMPJ telah mengadakan Program Kem Bestari Solat Pelajar Tingkatan 2 pada 15 hingga 16 Julai 2010 bertempat di Surau SMK Putera Jaya.

Tentatif Program
15 Julai 2010
-8.00 pagi : Pendaftaran/Taklimat
-8.30 pagi : LDK 1
-10.00 pagi : Rehat
10.30 pagi : LDK 2
12.30 t/hari : Makan Tengahari
1.00 pagi : Amali Solat Zohor
2.00 petang : LDK petang
4.30 petang : Amali Solat Asar
5.30 petang : Riadhah
6.30 petang : Makan Malam
7.15 malam : Solat Maghrib/Yaasiin/Solat Hajat/Solat Isyak
9.30 malam : Muasabah Diri
10.30 malam : Tidur

16 Julai 2010
3.30 pagi : Persiapan Diri
4.30 pagi : Qiamullail / Solat Subuh / Kuliah
7.00 pagi : Sarapan Pagi
8.00 pagi : Majlis Penutup oleh Tuan Pengetua

Friday, July 9, 2010

PROGRAM SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ

SMK Putera Jaya telah mengadakan Sambutan Israk dan Mikraj 1431H pada 7 Julai 2010 bertempat di Surau SMK Putera Jaya. Program ini melibatkan semua Guru, Kakitangan dan Pelajar SMK Putera Jaya.

Tentatif Program
7.40 pagi
- Bacaan Yaasiin
8.00 pagi - 9.00 pagi
- Ceramah Israk dan Mikraj
oleh Ustaz Baharom Bin Yasin
dari Pejabat Agama Daerah Setiu


Wednesday, July 7, 2010

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SMK PUTERA JAYA 2010

SMK Putera Jaya akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Berunifom 2010 pada 22-24 Julai 2010 bertempat di Tapak Perkhemahan Sungai Bueh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Seramai 150 orang guru dan pelajar dijangka bersama menjayakan perkhemahan ini.

KEM BAHASA ARAB

SEMINAR KECEMERLANGAN KKQ 2010 PERINGKAT SETIU & BESUT



Thursday, June 3, 2010

SELAMAT BERCUTI
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010
KEPADA
SEMUA GURU DAN PELAJAR
SMK PUTERA JAYA & 1 MALAYSIA
SEMOGA MASA YANG ADA DIMANFAATKAN DENGAN SEBAIK
SEMOGA BAHAGIA SELALU

Wednesday, May 26, 2010

MAJLIS ILMU KELAB GURU DAN KAKITANGAN SMK PUTERA JAYA






Kelab Guru dan Kakitangan SMK Putera Jaya mengadakan Majlis Ilmu yang diadakan hari Rabu minggu terakhir setiap bulan.

Tentatif program
2.15petang
- Solat Zohor Berjemaah
- Solat Hajat

2.45 petang
-Majlis Ilmu bersama Fasilitator Jemputan

3.00 petang
-Jamuan Ringan





Tuesday, May 25, 2010

MAJLIS TADARUS AL QURAN (MTQ) PERINGKAT KEBANGSAAN


SEMUA DIJEMPUT HADIR

SELAMAT HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

kepada

pelajar tingkatan 1,2 dan 3

bermula
25 Mei 2010 hingga 31 Mei 2010.


Semoga beroleh kecemerlangan

Tuesday, May 18, 2010

TETAMU PJ PERKASA

Sehingga 10.30 am 19 Mei 2010
adalah seramai
2000 orang
Terima kasih dengan
kunjungan
anda

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010


Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

kepada

pelajar tingkatan 4 dan 5

bermula
20 Mei 2010 hingga 3 Jun 2010.


Semoga beroleh kecemerlangan

Monday, May 17, 2010

Sunday, May 16, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMK PUTERA JAYA 2010
















GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010







SMK Putera Jaya telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana sempena Sambutan Hari Guru 2010 pada 15 Mei 2010. Pada hari tersebut juga pihak sekolah telah mengadakan Kempen Penanaman 26 Juta Pokok Peringkat SMK Putera Jaya. Program ini melibatkan semua Guru, Kakitangan Sekolah, Pelajar dan Pekerja Swasta.

Tuesday, May 11, 2010

SELAMAT HARI GURU







SAJAK : GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010

SMK Putera Jaya akan mengadakan Gotong Royong Perdana sempena Sambutan Hari Guru 2010 pada 15 Mei 2010 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi. Semua Guru, Kakitangan, Pelajar dan Pekerja swasta dijemput hadir menjayakan program ini.

Tentatif program

8.30 pagi
Perasmian program oleh Tuan Pengetua

8.45 pagi
-Aktiviti Keceriaan dan Kebersihan Kelas
-Aktiviti 1 Pokok 1 Warga SMKPJ (Program Hijaukan Bumi)
-Gotong Royong membersihkan kawasan sekolah

11.45 : Penutup dan jamuan ringan

SELAMAT HARI JURURAWAT 2010


Kami warga SMK Putera Jaya
mengucapkan
Selamat Hari Jururawat Sedunia
pada 12 Mei 2010
terutama kepada mereka yang pernah datang berkhidmat
untuk pelajar dan guru
di SMK Putera Jaya.