SELAMAT DATANG

Thursday, January 21, 2010

PROGRAM REORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 5, 3 DAN 2



Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putera Jaya juga telah mengadakan Program Reorientasi pelajar Tingkatan 5, 3 dan 2 pada 17, 18 dan 19 Januari 2010 lalu.

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putera Jaya telah mengadakan Program Orientasi pelajar Tingkatan 4 Sesi 2010 pada 10-12 Januari 2010 bertempat di Bilik Muzik SMK Putera Jaya. Perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Hj. Razali bin Yaacob


Become a Fan
1-Semua guru/staf yang sedang/telah berkhidmat di sini
2-Semua pelajar yang sedang/telah belajar di sini
3-Siapa-siapa saja yang ingin bersama kami

Sunday, January 10, 2010

MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN PENERIMAAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN TAHUN 2009

Unit Biasiswa SMK Putera Jaya telah mengadakan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Penerimaan Biasiswa Kecil Persekutuan Tahun 2009 pada 6 Januari 2010 bertempat di Dataran Perkasa SMK Putera Jaya.


MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR MISKIN

Badan Kebajikan Pelajar SMK Putera Jaya telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar Miskin pada 10 Januari 2010 yang lalu. Seramai 23 orang pelajar menerima sumbangan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua, Hj. Razali Bin Yaacob.




Friday, January 8, 2010

CERAMAH MAAL HIJRAH 1431H

Badan Kerohanian dan Surau SMK Putera Jaya telah mengadakan Ceramah Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat SMK Putera Jaya 1431H pada 06 Januari 2010 bertempat di Surau AlFaaiziin, SMK Putera Jaya.
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Asri, Pegawai Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Agama Daerah Setiu.



.

Thursday, January 7, 2010

GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA

Badan Kerohanian dan Surau SMK Putera Jaya dengan kerjasama Kelab Keluarga SMK Putera Jaya telah mengadakan program membuat bubur Asyura sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat SMK Putera Jaya pada 06 Januari 2010 yang lalu. Sebanyak 3 kawah bubur asyura disediakan untuk jamuan semua warga SMK Putera Jaya dan tetamu dari PPD Setiu.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang bersama menjayakan program ini. "Amalan Syura Melahirkan Muafakat Warga SMK Putera Jaya"
























MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1431H PERINGKAT SMK PUTERA JAYA


PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2010


.
I am here to talk about Education as a lifelong process.

Education in a person’s life starts at birth. It is oftensaid that a person is born with a clean slate. As he or she begins to learn various things, this slate becomes coloured.A baby is first taught by his mother. He taught to eat, drink,speak and later to walk and run.

When a child starts schooling, his teacher takes over from his mother. He taught moral values such as respect, kindness and loyalty. He makes new friends who also teach him many things. He takes part in co-curucular activities that interest him. A child learns to choose what is good for him. He also learns to choose his friend. This is important time for children. As he grows older, he learns to choose subjects that interest him and help him to choose a career.

When a person startsworking, he is exposed to people from different walks of life. He is more mature now. He learns from his experiences at work, as well as,from friends and colleagues.

When he has his own family, he learns to be a good role model for his children. He still learns to ke up with the current times. He has to learns what is good for his children and their future

A person learns every step of the way. He receives education all the times, sometimes from other people and sometimes from experiences.

Sunday, January 3, 2010

HARI 1 SESI PERSEKOLAHAN 2010

Hari Pertama sesi persekolahan 2010 SMK Putera dimulakan dengan Perhimpunan Mingguan 1 dalam suasana penuh keceriaan dan azam tahun baru 2010. Perhimpunan yang telah diadakan di Dewan Terbuka SMK Putera Jaya dengan suasana hujan renyai-renyai di luar dewan.

Perhimpunan ini turut disertai oleh Timbalan PPD Setiu, Hj. Kipayatul Allah B. Dato' Mohd Said yang hadir ke SMK Putera Jaya untuk memantau hari pertama persekolahan sesi 2010








Friday, January 1, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR SESI PERSEKOLAHAN 2010

Pendaftaran pelajar sesi persekolahan 2010 SMK Putera Jaya telah diadakan pada 31 Disember 2009 bertempat di Dewan Terbuka SMK Putera Jaya.