SELAMAT DATANG

Wednesday, March 24, 2010

LAGU SEKOLAH


Setelah 5 tahun beroperasi, kini SMK Putera Jaya telah memiliki lagu sekolah yang mula diperdengarkan pada 25 Mac 2010 di Tapak Perhimpunan SMPJ.

SMK PUTERA JAYA PERKASA

SMK Putera Jaya
Mendidik Putera Puteri Bangsa
Membina Pertiwi
Mendukung Wawasan Murni

SMK Putera Jaya
Mengota Harapan Bonda
Penuhi Inspirasi Nusa
Baktimu Sungguh Mulia

SMK Putera Jaya
Hadirmu Nilai Perkasa
Menjana Hidup Bahagia
Bangsa Hati Ceria
Jauhari, Bestari, Hadhari

Tuesday, March 23, 2010

MESYUARAT AGONG PIBG SMK PUTERA JAYA 2010

PIBG SMK Putera Jaya akan mengadakan Mesyuarat Agong pada 28 Mac 2010 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Terbuka SMK Putera Jaya.
Semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir

KEM 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH SETIU

Seramai 6 orang pelajar Tingkatan 2 dan 4 SMK Putera Jaya telah dipilih untuk mengikuti Kem 1 Malaysia Peringkat Daerah Setiu pada 25-27 Mac 2010 bertempat di Pusat Kokurikulum PPD Setiu : SK Merbau Menyusut, Setiu
PK Kokurikulum SMKPJ

PROGRAM PERTEMUAN KECEMERLANGAN PELAJAR SMK PUTERA JAYA / FELDA CHALOK








Sunday, March 21, 2010

PROGRAM PERTEMUAN KECEMERLANGAN PELAJAR SMK PUTERA JAYA / FELDA CHALOK

SMK Putera Jaya akan mengadakan Program Pertemuan Kecemerlangan Pelajar SMK Putera Jaya / Felda Chalok pada 23 Mac 2010, jam 2.30 petang bertempat di Bangunan JKKR Felda Chalok.

Semua ibu bapa / penjaga Pelajar SMK Putera Jaya yang tinggal di Felda Chalok dijemput hadir.

Friday, March 12, 2010

SPM 2009.TAHNIAH, ANDA JUGA BOLEH


Tahniah kepada semua yang berjaya dan cemerlang dalam SPM 2009. Buat calon SPM 2010, anda juga boleh lakukan seperti mereka. Teruskan tekad dan perjuangan anda

Wednesday, March 10, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009

Tahniah kepada Semua Pelajar SMK Putera Jaya yang berjaya dan cemerlang di dalam Peperikaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Semoga terus sukses di masa depan. Yang kurang bernasib baik teruskan usaha anda untuk terus berjaya di masa depan

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SETIU KALI KE 19

Tahniah Kontinjen SMK Saujana
Juara Keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSD Setiu Kali ke 19 - 2010


Saturday, March 6, 2010

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SMK PUTERA JAYA TAHUN 2010







SMK Putera Jaya telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah tahun 2010 pada 7 Mac 2010 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Putera Jaya. Seramai 39 orang pengawas telah menerima watikah perlantikan yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Haji Razali bin Yaacob.

Sempena majlis ini juga telah diadakan majlis pentauliahan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sesi 2010.

Thursday, March 4, 2010

KEPUTUSAN SPM, STAM 11 MAC

KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan pada 11 Mac ini.
.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan sri Alimuddin Mat Dom berkata,calon-calon kedua-dua peperiksaan tersebut boleh mendapatkan keputusan berkenaan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.
.
"Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, analisis keputusan tersebut juga akan dibentangkan pada hari yang sama di Kementerian Pelajaran.
.
Sejumlah 465,853 calon mengambil SPM dan 6,920 lagi menduduki STAM tahun lalu.
.
Sumber : Utusan Malaysia Jumaat 5 Mac 2010

Wednesday, March 3, 2010

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SMK PUTERA JAYA TAHUN 2010

Badan Pengawas SMK Putera Jaya akan mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SMK Putera Jaya pada 07 Mac 2010 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Putera Jaya.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H PERINGKAT KOMUNITI KAMPUNG PUTERA JAYA






Guru dan Pelajar SMK Putera Jaya telah menyertai Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Putera Jaya pada 5 Mac 2010 bertempat di Perkarangan Masjid Putera Jaya. Majlis tersebut adalah anjuran bersama JK Masjid Putera Jaya, JKK Kampung Putera Jaya dan Rukun Tetangga Putera Jaya.

PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H PERINGKAT SMK PUTERA JAYA

Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431H Peringkat SMK Putera Jaya telah diadakan pada 3 Mac 2010. Seramai 350 orang guru, staf dan pelajar sekolah ini yang diketuai oleh Tuan Pengetua, Hj. Razali bin Yaacob telah menjayakan program ini.
























Perarakan Maulidur Rasul 1431H