SELAMAT DATANG

Wednesday, May 26, 2010

MAJLIS ILMU KELAB GURU DAN KAKITANGAN SMK PUTERA JAYA






Kelab Guru dan Kakitangan SMK Putera Jaya mengadakan Majlis Ilmu yang diadakan hari Rabu minggu terakhir setiap bulan.

Tentatif program
2.15petang
- Solat Zohor Berjemaah
- Solat Hajat

2.45 petang
-Majlis Ilmu bersama Fasilitator Jemputan

3.00 petang
-Jamuan Ringan





Tuesday, May 25, 2010

MAJLIS TADARUS AL QURAN (MTQ) PERINGKAT KEBANGSAAN


SEMUA DIJEMPUT HADIR

SELAMAT HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

kepada

pelajar tingkatan 1,2 dan 3

bermula
25 Mei 2010 hingga 31 Mei 2010.


Semoga beroleh kecemerlangan

Tuesday, May 18, 2010

TETAMU PJ PERKASA

Sehingga 10.30 am 19 Mei 2010
adalah seramai
2000 orang
Terima kasih dengan
kunjungan
anda

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010


Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

kepada

pelajar tingkatan 4 dan 5

bermula
20 Mei 2010 hingga 3 Jun 2010.


Semoga beroleh kecemerlangan

Monday, May 17, 2010

Sunday, May 16, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMK PUTERA JAYA 2010
















GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010







SMK Putera Jaya telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana sempena Sambutan Hari Guru 2010 pada 15 Mei 2010. Pada hari tersebut juga pihak sekolah telah mengadakan Kempen Penanaman 26 Juta Pokok Peringkat SMK Putera Jaya. Program ini melibatkan semua Guru, Kakitangan Sekolah, Pelajar dan Pekerja Swasta.

Tuesday, May 11, 2010

SELAMAT HARI GURU







SAJAK : GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010

SMK Putera Jaya akan mengadakan Gotong Royong Perdana sempena Sambutan Hari Guru 2010 pada 15 Mei 2010 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi. Semua Guru, Kakitangan, Pelajar dan Pekerja swasta dijemput hadir menjayakan program ini.

Tentatif program

8.30 pagi
Perasmian program oleh Tuan Pengetua

8.45 pagi
-Aktiviti Keceriaan dan Kebersihan Kelas
-Aktiviti 1 Pokok 1 Warga SMKPJ (Program Hijaukan Bumi)
-Gotong Royong membersihkan kawasan sekolah

11.45 : Penutup dan jamuan ringan

SELAMAT HARI JURURAWAT 2010


Kami warga SMK Putera Jaya
mengucapkan
Selamat Hari Jururawat Sedunia
pada 12 Mei 2010
terutama kepada mereka yang pernah datang berkhidmat
untuk pelajar dan guru
di SMK Putera Jaya.

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS





SMK Putera Jaya telah mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan Bahasa Inggeris kepada semua pelajar pada 10 Mei 2010 bertempat di Surau AlFaaiziin SMK Putera Jaya.



LAWATAN KELUARGA KELAB GURU DAN KAKITANGAN SMK PUTERA JAYA KE CAMERON HIGHLAND


Kelab Guru dan Kakitangan SMK Putera Jaya telah mengadakan Lawatan Keluarga ke Cameron Highland pada 7-8 Mei 2010 yang lalu. Lawatan ini disertai oleh guru, kakitangan dan ahli keluarga masing-masing. Permergian secara konvoi kereta dan mpv bermatlamat untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan keluarga.
.

Sunday, May 2, 2010

SMK PUTERA JAYA JUARA PERSEORANGAN LELAKI B15, KEJOHANAN BADMINTON MSSD SETIU 2010


Pelajar SMK Putera Jaya, Khaizuran Dzarfan Bin Abd. Razak telah menjuarai Kategori Peseorangan Lelaki B15 Tahun Kejohanan Badminton MSSD Setiu Tahun 2010 dengan menewaskan peserta SMK Tengku Ibrahim

Bagi acara Bergu Lelaki B15, Khaizuran Dzarfan yang berpasangan dengan Mohd Khairol Izzudin Bin Mohd Zubir pula menjadi Naib Johan setelah tewas dalam perlawanan akhir kepada bergu SMK Lembah Bidong.

Tahniah kepada yang berjaya dan menyertai Kejohanan Baadminton MSSD Setiu 2010. Penghargaan kepada jurulatih SMK Putera Jaya, En. Mohd Nolanoor Bin A. Razak.

Laporan
En. Mohd Fadhli Bin Yusof
Pengurus Pasukan Badminton SMKPJ 2010
.