SELAMAT DATANG

Wednesday, March 24, 2010

LAGU SEKOLAH


Setelah 5 tahun beroperasi, kini SMK Putera Jaya telah memiliki lagu sekolah yang mula diperdengarkan pada 25 Mac 2010 di Tapak Perhimpunan SMPJ.

SMK PUTERA JAYA PERKASA

SMK Putera Jaya
Mendidik Putera Puteri Bangsa
Membina Pertiwi
Mendukung Wawasan Murni

SMK Putera Jaya
Mengota Harapan Bonda
Penuhi Inspirasi Nusa
Baktimu Sungguh Mulia

SMK Putera Jaya
Hadirmu Nilai Perkasa
Menjana Hidup Bahagia
Bangsa Hati Ceria
Jauhari, Bestari, Hadhari

Tuesday, March 23, 2010

MESYUARAT AGONG PIBG SMK PUTERA JAYA 2010

PIBG SMK Putera Jaya akan mengadakan Mesyuarat Agong pada 28 Mac 2010 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Terbuka SMK Putera Jaya.
Semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir

KEM 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH SETIU

Seramai 6 orang pelajar Tingkatan 2 dan 4 SMK Putera Jaya telah dipilih untuk mengikuti Kem 1 Malaysia Peringkat Daerah Setiu pada 25-27 Mac 2010 bertempat di Pusat Kokurikulum PPD Setiu : SK Merbau Menyusut, Setiu
PK Kokurikulum SMKPJ

PROGRAM PERTEMUAN KECEMERLANGAN PELAJAR SMK PUTERA JAYA / FELDA CHALOK








Sunday, March 21, 2010

PROGRAM PERTEMUAN KECEMERLANGAN PELAJAR SMK PUTERA JAYA / FELDA CHALOK

SMK Putera Jaya akan mengadakan Program Pertemuan Kecemerlangan Pelajar SMK Putera Jaya / Felda Chalok pada 23 Mac 2010, jam 2.30 petang bertempat di Bangunan JKKR Felda Chalok.

Semua ibu bapa / penjaga Pelajar SMK Putera Jaya yang tinggal di Felda Chalok dijemput hadir.

Friday, March 12, 2010

SPM 2009.TAHNIAH, ANDA JUGA BOLEH


Tahniah kepada semua yang berjaya dan cemerlang dalam SPM 2009. Buat calon SPM 2010, anda juga boleh lakukan seperti mereka. Teruskan tekad dan perjuangan anda

Wednesday, March 10, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009

Tahniah kepada Semua Pelajar SMK Putera Jaya yang berjaya dan cemerlang di dalam Peperikaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Semoga terus sukses di masa depan. Yang kurang bernasib baik teruskan usaha anda untuk terus berjaya di masa depan